Jumaat, 8 April 2011

Syarifah Amani bercinta dengan Azma aizal yusoof???

tak tahu la betul atau tak gosip ni.tapi siapa tahu kan??tunggu sajalah pengakuan dari yang punya badan.biasalah artis ni kalau ditanya alasan nye 'no komen'.kalau nak tau cerita lebih lanjut jangan lupa jenguk2 abang Nara kita tu...

kalau nak tau Azma aizal yusuf ni dulu pernah jugak belakon.sekarang dah jadi pengarah dan penulis skrip.



dia juga pernah muncul di rancangan melodi berhubung kes dia tukar nama gara2 pernah terlibat dengan dadah.punca dia tukat nama adalah inginkan kelahiran semula la kononnye.apa pun kita doakan semoga mereka bahagia lah.jangan rapat-rapat2 sangat.takut terbabas.:)


Boidata tiz zaqyah



PROFIL
Nama Penuh: Siti Zaqyah Abdul Razak
Panggilan: Tiz Zaqyah
Tarikh Lahir: 25 Oktober 1988
Umur: 23 Tahun
Asal: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak bongsu daripada dua beradik
Status: Bujang
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Karier: Pelakon
Drama: Gol & Gincu, Impian Illyana, Nur Kasih, Bernafas Dalam Lumpur, Puaka Topeng Putih dan Gemilang
Filem: Nur Kasih dan Cinta Kura-Kura

Terkini tentang Tiz Zaqyah

KEBELAKANGAN ini, gosip cinta antara pelakon sedang mencipta nama, Siti Zaqyah Abdul Razak, atau Tiz Zaqyah, 23, dengan hero muda pujaan ramai, Remy Ishak bertiup kencang. Tidak kurang ada yang mengadakan mereka kini semakin intim dan merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.

Walaupun ramai pihak membicarakan mengenai hubungan cinta Tiz dan Remy, kedua-dua pelakon popular dari siri Nur Kasih ini lebih senang mendiamkan diri dan enggan memberikan sebarang komen mengenainya.


Bertemu dengan Tiz sewaktu sesi fotografi khas yang diadakan di Sekolah Menengah Antarabangsa St John, Bukit Bintang baru-baru ini, memberi peluang kepada Harian Metro untuk mendapatkan pengesahan mengenai gosip cintanya.

Menarik sesi fotografi bersama Tiz diatur sempena drama Gemilang yang disiarkan di TV3 setiap Isnin, jam 9 malam. Mengangkat tema mengenai kesungguhan sekumpulan anak muda yang mahu mengubah nasib anak bangsa menerusi pendidikan, Rap bertuah kerana diberi peluang merakamkan gambar menarik di sekolah itu.

Lokasi ini dipilih kerana ia dikenali antara institusi pendidikan tertua di Malaysia dan berjaya melahirkan ramai cendikiawan dan memberikan penekanan terhadap sistem pembelajaran terancang sehingga muncul antara sekolah terbaik di Malaysia.

Beberapa nama besar dalam industri hiburan tempatan juga memperoleh pendidikan awal di sekolah terbabit, antaranya Afdlin Shauki dan Hans Isaac.


Berbalik kepada isu yang hangat diperkatakan mengenai Tiz dan pelakon utama filem Cun itu, jelas gadis kelahiran Kuala Lumpur ini tiada 'ikatan' istimewa antara dia dan Remy, sekali gus menafikan gosip mengatakan mereka akan mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat atau mendirikan rumah tangga.

"Selama tiga bulan berada di lokasi bersama, hubungan antara kami sudah menjadi seperti satu keluarga. Disebabkan itu juga apabila beraksi dalam Nur Kasih, penonton dapat melihat keserasian antara kami.

"Apatah lagi dalam cerita itu, Remy menjadi kekasih saya. Gosip mengatakan kami bercinta dan mahu bertunang tidak lama lagi adalah tidak benar sama sekali," katanya.


Jelas Tiz, apa yang diperkatakan itu (gosip cinta bersama Remy) tidak lebih daripada cerita yang dihebohkan dari mulut ke mulut, sedangkan dari pihaknya tiada sebarang kenyataan mengenainya dibuat.

"Saya menganggap ia perkara biasa dalam industri hiburan. Lagipun ini bukan kali pertama orang mengaitkan saya dengan gosip sedemikian rupa. Sebelum ini ada orang berkata saya sudah berkahwin dan cerita saya pergi berbulan madu turut hangat diperkatakan," katanya.

Walaupun menafikan mengenainya, di kalangan artis sendiri ia turut hangat diperkatakan terutama apabila ada pihak cuba mengaitkan nama Remy dengan beberapa pelakon wanita lain. Apabila ia ditimbulkan, kebanyakan mereka mengelak dengan berkata bimbang perkara itu akan menyebabkan hati Tiz terluka.


"Alah! itu juga perkara biasa. Macam gosip zaman sekolah di mana rakan-rakan mengusik. Saya secara peribadi tidak pernah berkecil hati atau ambil pusing mengenainya.

"Apa yang lebih penting adalah kerja. Pada saya sekiranya lakonan saya mampu menghidupkan jalan cerita, itu dianggap satu pencapaian. Apatah lagi saya masih baru dalam bidang lakonan ini. Saya lebih suka sekiranya bakat saya lebih dilihat orang berbanding gosip yang sering dikaitkan," katanya.


Sebelum ini, nama Tiz melonjak naik menerusi drama bersiri Nur Kasih, kerana kehangatan drama itu turut mengangkat nama pelakon yang mula menceburi bidang lakonan menerusi Gol & Gincu, sehingga memenangi anugerah Pelakon Drama Wanita Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009.

Gemilang yang turut dihasilkan Khabir Bhatia dan skripnya dihasilkan Mira Mustafa turut membawa namanya melangkah lebih jauh dalam bidang lakonan. Watak dibawakan sebagai guru turut meninggalkan kesan mendalam.


Bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam drama yang ditonton hampir tiga juta orang setiap minggu itu katanya, antara sebab utama dia membintangi Gemilang kerana ia diarahkan Khabir dan skrip ditulis Mira.


"Gandingan mereka selalunya tidak mengecewakan. Saya sendiri mengagumi hasil kerja pasangan suami isteri ini. Sebaik membaca skripnya, saya sudah tertarik.

"Walaupun jalan cerita bersulam cinta namun pada saya usaha yang ditonjolkan membabitkan kesungguhan empat anak muda dalam memberikan pendidikan kepada pelajar yang bijak tetapi keciciran kerana kepayahan hidup adalah perkara yang sangat bagus untuk ditonton. Ia sedikit sebanyak mampu membina sahsiah diri kepada mereka yang menontonnya," katanya.


Bagaimanapun jelas Tiz, dia tidak pernah bercita-cita untuk menjadi pendidik, namun sangat mengagumi mereka yang bertugas sebagai guru yang tidak pernah kenal erti penat dalam usaha memperturunkan ilmu dimiliki untuk dikongsi dengan mereka bergelar pelajar.


Bercerita lanjut mengenai kerjaya seni, Tiz menegaskan dia tidak pernah terburu-buru untuk menerima tawaran berlakon. Sebaliknya lebih gemar memberikan tumpuan kepada satu projek dalam satu masa.


"Selain itu saya akan berehat panjang apabila selesai menjalani satu-satu penggambaran drama terutama bersiri atau rantaian. Mengambil contoh sewaktu selesai penggambaran Nur Kasih, hampir sebulan saya berehat. Selain merehatkan badan, saya cuba untuk tidak terlalu tamak. Saya bersyukur kerana walaupun masih baru tetapi ramai pihak percayakan bakat saya," katanya yang baru saja selesai menjalani penggambaran filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Movies.


kes wanita tempatan didakwa disihir lelaki pakistan

KUALA LUMPUR: Wanita tempatan yang mendakwa disihir supaya berkahwin dengan seorang lelaki warga Pakistan, dua tahun lalu, berang apabila prosiding perbicaraannya dijalankan secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Yani Yuhana Mohd Zambri, 24, yang tiba di mahkamah jam 9.15 pagi bersama bapa serta ibunya enggan masuk ke dalam mahkamah selepas mengetahui hanya dia, Muhammad Kamran Babar, 46, (plaintif) serta peguam syarie dibenarkan masuk.

Bapanya, Mohd Zambri Zakaria yang kelihatan tidak berpuas hati dengan arahan itu mula memarahi anggota polis yang cuba menghalangnya daripada masuk.

“Kenapa saya tak boleh masuk, saya wali dia,” kata Zambri.


Bagaimanapun, keadaan kembali tenang apabila 15 anggota polis yang ditempatkan di luar mahkamah berjaya mengawal situasi dengan memujuk Zambri serta ahli keluarganya supaya bertenang dan memberi kerjasama.

Zambri kemudian dilihat turun ke tingkat bawah bersama ahli keluarganya sebelum kembali naik sendirian lima minit kemudian bersama peguam syarie Othman Mohd Noor yang mewakili Yani Yuhana dan terus dilihat masuk ke dalam mahkamah walaupun dilarang berbuat demikian.

Lelaki berusia 60-an itu yang keluar 10 minit kemudian terkejut apabila secara tiba-tiba didekati polis dan dilihat mula bertindak agresif serta mempersoalkan tindakan polis itu.

“Kenapa saya ditahan, saya nak jumpa anak saya di bawah,” katanya sambil mengacu-acukan tongkatnya kepada anggota polis.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila isterinya, Yani Yuhana serta ahli keluarga yang menunggu di tingkat bawah mahkamah mula masuk campur dengan menghalang polis daripada menahan lelaki itu.

Kekecohan selama 15 minit yang turut menarik perhatian orang awam di mahkamah itu selesai, selepas Zambri dan ahli keluarganya setuju ke balai polis.

Zambri bersama ahli keluarganya dilihat menaiki Toyota Vios meninggalkan mahkamah sambil diekori kereta peronda ke Balai Polis Dang Wangi.

Difahamkan guru silat itu ditahan untuk memberi keterangan berikutan kekecohan yang dicetuskan pada prosiding lalu.

Yani Yuhana sepatutnya memberi keterangan balas berhubung permohonan mendaftarkan perkahwinan di Pakistan pada 2 April 2009 yang difailkan Kamran.

Ahli perniagaan tekstil itu mendakwa pernikahan di Sadiqadad Raw, Pakistan iaitu ketika Yani Yuhana masih belajar di United Kingdom (UK) tidak direstui ibu bapanya.

Bagaimanapun, Yani Yuhana membantah permohonan itu selepas mendakwa dia berada dalam keadaan luar kewarasan sekiranya dia benar-benar bernikah seperti didakwa Kamran.

Othman yang ditemui kemudian memberitahu anak guamnya tidak akan memberi keterangan kerana tiada kes perlu dijawab dan selaras dengan Seksyen 126(3) Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah 1998 (akta 585), pihaknya akan memfailkan hujahan.